Friday, November 20, 2009

Merawat seorang janda atau seorang miskin

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Nabi Saw. pernah bersabda, "Orang yang
merawat seorang janda atau seorang miskin adalah seperti mujahid (orang yang
berjihad) di jalan Allah, atau seperti orang yang mengerjakan shalat
sepanjang malam dan berpuasa sehari penuh." [7:265-S.A.]--

Shahih Al-Bukhari, dikutip dari buku "Ringkasan Shahih Al-Bukhari" disusun
oleh Al-Imam Zainuddin Ahmad bin Abdul-Lathif Az-Zabidi [1885-R.S.A.]


SALAM

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai

Shahih Muslim


SIFAT ORANG MUNAFIK DAN HUKUM MEREKA


Hadis Zaid bin Arqam r.a katanya:
Ketika kami musafir bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba orang ramai ditimpa kesulitan. Lalu Abdullah bin Ubai berkata kepada pengikutnya: لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا مِنْ حَوْلِهِ Yang bermaksud: Janganlah kamu membelanjakan harta benda kamu kepada orang-orang yang ada bersama Rasulullah s.a.w supaya mereka bersurai meninggalkannya di sekitar kawasan tersebut. Zuhair berkata: حوله adalah bentuk bacaan Al-Quran bagi orang yang membacanya secara baris di bawah. Abdullah bin Ubai berkata lagi: لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ Yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah dari medan perang sudah tentu pihak kita sebagai orang-orang yang mulia lagi kuat akan mengusir orang-orang yang hina lagi lemah iaitu pihak Islam keluar dari Madinah. Zaid berkata: Aku terus berjumpa Nabi s.a.w memberitahu kata-kata tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w memanggil Abdullah bin Ubai bertanya tentang ucapannya. Tetapi Abdullah bersumpah tidak pernah berkata demikian. Malah dia menjawab bahawa: Zaid telah membohongi Rasulullah s.a.w. Zaid berkata: Aku menjadi resah mendengar jawapannya itu sehinggalah Allah menurunkan ayat menjelaskan kebenaranku إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ Yang bermaksud: Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu wahai Muhammad. Zaid berkata: Kemudian Nabi s.a.w memanggil Abdullah bin Ubai dan pengikutnya supaya meminta ampun. Zaid berkata: Mereka menggeleng kepala masing-masing كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ seolah-olah batang kayu yang tersandar. Zaid berkata: Sebenarnya rupa paras mereka amat baik

SAHIH MUSLIM


Hadis Zainab binti Jahsyin r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya, baginda bersabda: لاإله إلاالله (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Celakalah bagi bangsa Arab dari kejahatan yang telah dekat. Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadis) mengisyaratkan angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata: Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda: Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan

Protest held at MCA HQ against Ong's unity plan




Visitor Map
Create your own visitor map!

MUKRIZ MAHATHIR CALON BN KOTA SIPUTEH


Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Speaker DUN Kedah. Kalau ikutkan keputusan itu, SPR dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil N3 Kota Siputeh.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi juga membenarkan penyandang sekarang Dato' Abu Hassan Sharif (BN) membuat permohonan formal bagi menangguhkan hukuman pada Jumaat ini. Selain itu, Abu Hassan juga mempunyai satu lagi pilihan iaitu membuat rayuan.

Pada pandangan saya, Abu Hassan akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi mempertahankan kerusi tersebut. Itu adalah sesuatu yang dibenarkan dan biarlah proses itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Bagaimanapun, sekiranya pada akhir proses tersebut Mahkamah masih memihak kepada Speaker DUN Kedah, maka SPR tidak ada pilihan melainkan melaksanakan pilihanraya itu.

Beberapa orang sahabat menghantar SMS bertanyakan mengenai calon yang sesuai. Ada juga Ketua Cawangan UMNO di DUN Kota Siputeh yang menelefon saya meminta pendapat.

Saya katakan -- dari segi strateginya -- calon yang paling sesuai ialah Dato' Mukhriz Mahathir.

Ya, dia ialah Ahli Parlimen Jerlun (DUN Kota Siputeh terletak dalam Parlimen Jerlun; satu lagi ialah DUN Ayer Hitam yang kini dipegang oleh PAS) . Di Bukit Gantang dulu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin adalah merupakan ADUN yang kemudian bertanding kerusi Parlimen.

Lagi pun, ramai Ahli Parlimen yang juga menjadi ADUN. Tidak ada masalah. Oleh itu, saya tidak melihat apakah masalahnya untuk Mukhriz juga berbuat begitu.

Ada lima alasan utama mengapakah saya mencadangkan Mukhriz:

Pertama, beliau dikenali di situ. Pejabat Ahli Parlimen Jerlun terletak di Padang Sera, iaitu dalam DUN Kota Siputeh. Soal memperkenalkan calon kepada pengundi menjadi lebih mudah. Terdapat seramai 19,771 pengundi di situ, 91.7% berbangsa Melayu, 0.6% lain-lain (kebanyakan berbangsa Siam) dan 0.2% India.

Kedua, sehingga sekarang Mukhriz tidak mempunyai sebarang rekod rasuah atau tuduhan skandal yang memalukan -- sesuatu yang akan diperhatikan sepanjang pilihanraya kecil. Calon bermasalah akan hanya menjadikan jentera parti seperti menanggung biawak hidup.

Ketiga, DUN Kota Siputeh dulunya adalah sebahagian Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebahagian besar pengundi berusia mempunyai pengalaman dengan Dr Mahathir. Bagi anak-anak muda di situ, sebahagiannya masih melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang dihormati.

Keempat, Mukhriz mempunyai kredibiliti. Pengalaman sebagai Timbalan Menteri dan ahli korporat (sebelum bertanding dalam PRU12 lalu) akan memudahkan pilihan pengundi.

Kelima, jentera Barisan Nasional boleh memposisikan pilihanraya ini sebagai pemilihan "bakal Menteri Besar Kedah" sekiranya ditakdirkan parti itu mengambil semula Kedah dalam PRU13 nanti; sekaligus menjawab persoalan mengenai kepimpinan UMNO negeri.

Itulah lima alasan mengapakah saya fikir Mukhriz merupakan calon yang paling layak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh.

Adakah beliau pasti akan menang?

Dalam pilihanraya, ada menang dan ada kalah. PAS yang tewas dengan 495 undi dalam pilihanraya lalu tentu akan memberikan tentangan yang kuat. PAS juga ada peluang untuk menang. Usah perkecilkan kemampuan PAS. Sekadar makluman, Pengerusi Tetap PAS Ustaz Kassim Abdullah adalah merupakan penduduk di DUN Kota Siputeh (Kampung Kodiang Lama) dan cukup berpengaruh di sana.

Bagaimanapun, saya percaya Mukhriz sebagai calon Barisan Nasional akan lebih memudahkan parti itu menghadapi PAS dalam pilihanraya DUN Kota Siputeh!

INDEKS PERSEPSI RASUAH

Transparency International (TI) menyebut bahawa Indeks Persepsi Rasuah mengukur "the perceived level of public-sector corruption in 180 countries and territories around the world. The CPI is a "survey of surveys", based on 13 different expert and business surveys."

Malaysia berada pada tangga ke 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2009. Menggunakan 9 kajian (dari keseluruhan 13). Transparency International meletakkan negara ini pada skor 4.5 (paling tinggi New Zealand: 9.4; paling rendah Somalia: 1.1)

Negara-negara jiran yang mempunyai persepsi rasuah lebih baik ialah Singapura (skor: 9.2), Hong Kong (8.2), Jepun (7.7), Brunei (5.5), Korea (5.5) dan Macau (5.3).

Negara majoriti Muslim yang berada di bawah Malaysia ialah Turki (skor: 4.4), Arab Saudi (4.3), Tunis (4.2), Kuwait (4.1), Senegal (3.0), Mesir (2.8), Indonesia (2.8), Libya (2.5), Maldives (2.5.), Bangladesh (2.4), Pakistan (2.4), Azerbaijan (2.3), Yemen (2.1), Iran (1.8) dan Sudan (1.5).

India berada pada kedudukan 84 (skor: 3.4), manakala China pada kedudukan 79 (skor: 3.6).

Antara negara yang berada pada kedudukan teratas ialah Denmark (skor: 9.3), Sweden (9.2), Switzerland (9.0), Kanada (8.7), UK (7.7.) dan Amerika Syarikat (7.5).

Di bahagian sebelah kanan blog ini, saya sediakan dua poll:

Q1 : Adakah anda pernah memberi atau menerima rasuah?

Q2 : Adakah anda mengenali secara peribadi seseorang yang pernah memberi atau menerima rasuah?

Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam poll ini.